Kesimpulan dan remedi Undang-undang kontrak Inggeris

Klausa-klausa yang mengawal penamatan kontrak dan remedi-remedi yang ada adalah penting dalam kontrak-kontrak komersil seperti perkapalan dan jualan barangan untuk memastikan kepastian dalam pehubungan antara perniagaan.

Meskipun kata mesti dikota, pihak-pihak dalam suatu kontrak bebas menentukan bagaimana kontrak disimpulkan, ditamatkan dan apakah remedi pelanggaran kontrak yang timbul, sama sepertimana menentukan kandungan kontrak. Mahakamah-mahkamah hanya membentuk batasan-batasan kecilan terhadap kebebasan pihak-pihak menentukan kesimpulan kontrak. Peraturan-peraturan asas mahkamah, yang lazimnya boleh dipinda, adalah pertamanya, suatu kontrak disimpulkan apabila seseorang pihak tidak boleh melakukan apa yang dijanjikannya. Kedua, sekiranya satu pihak melanggar janjinya dalam situasi serius, maka pihak satu lagi dibenarkan tidak melaksanakan tanggungjawabnya pula. Kalau pelanggaran itu tidak serius, pihak satu lagi mesti meneruskan obligasinya tetapi boleh menuntut remedi dalam mahkamah untuk perlakukan tidak mencukupi atau tidak menepati daripada pihak pertama. Ketiga, remedi utama adalah ganti rugi, yang terhad pada apa yang boleh dijangkakan berlaku akibat pelanggaran. Ini bermaksud jumlah wang yang mencukupi untuk meletakkan penuntut dalam situasi di mana pelanggar kontrak seolah-oleh telah melaksanakan janjinya. Dalam sesetengah kes pula, mahkamah boleh memerintahkan pembaikpulihan oleh pelanggar kontrak untuk memberikan apa-apa kelebihan yang didapatinya akibat pelanggaran kontraknya diberikan kepada pihak yang menuntut. Secara tambahannya, apabila isi kandungan kontrak terlalu unik dan tidak dapat digantikan wang semata-mata, mahkamah boleh menggunakan budi bicaranya untuk memberikan injunksi terhadap pelanggar kontrak untuk melakukan sesuatu atau melarang dia daripada melakukan sesuatu, kecuali ia perkhidmatan peribadi. Larangan penguatkuasaan injunksi terhadap perkhidmatan peribadi ini adalah disebabkan ketidakinginan mahkamah untuk menjadikan kontrak perkhidmatan sebagai kontrak perhambaan.

Perlakuan dan pelanggaran

Perlakuan kontrak mestilah presis dan bertepatan dengan kesemua terma-termanya, sekiranya tidak, timbulah pelanggaran kontrak. Sekiranya kontrak tidak mengandungi akibat pelanggarannya, maka akibat-akibat akan ditetapkan oleh prinsip-prinsip biasa ganti rugi pampasan, tetapi remedi juga boleh dipersetujui. Remedi yang mudah dan lazim adalah mengambil deposit dan tidak memulangkannya semula sekiranya terdapat pelanggaran. Sebagai syarat, mahkamah-mahkamah common law memutuskan bahawa sebarang deposit yang melebihi 10 peratus sebagai terlampau dan menghendaki justifikasi yang sewajarnya untuk dikuatkuasakan.[158] Mahkamah-mahkamah akan melihat deposit yang besar sebagai sebahagian pembayaran kontrak yang sekiranya tidak dilakukan secukupnya mesti dipulangkan untuk mengelakkan pengayaan tidak adil, mestipun tertera dengan jelas dalam kontrak berkenaan. Akan tetapi, sekiranya pihak-pihak komersil yang punyai kuasa rundingan seiras ingin meletakkan keadaan di mana deposit adalah dilucuthakkan dan mahu mengkuatkuasakannya, mahkamah-mahkamah tidak akan masuk campur. Dalam kes Union Eagle Ltd lwn Golden Achievement Ltd[159] pembeli bangunan di Hong Kong untuk HK$4.2 juta mempunyai kontrak yang mensyaratkkan bahawa kontrak mestilah disimpulkan pada pukul 5 petang pada 30 September 1991 dan sekiranya tidak, deposit 10 peratus akan dilucuthakkan dan kontrak akan dibatalkan. Pembeli hanya 10 minit lambat, tetapi Majlis Privi menyatakan bahawa disebabkan perlunya terikat dengan peraturan-peraturan dan menghilangkan kebimbangan mahkamah-mahkamah mengadakan campur tangan secara tidak munasabah, perjanjian berkenaan akan secara ketatnya dikuatkuasakan.

Shylock: Kelakukanku atas kepalaku! Ku pinta undang-undang,Penalti dan kelucuthakkan bonku...

Portia: ... bersedialah untuk dipotong dagingnya. Tiadalah setitik darah; mahupun tiadalah dipotong kurang mahupun lebih, tetapi hanyalah sepaun daging; sekiranya anda mengambil lebih, atau kurang, dari sepaun, sekiranya lebih berat atau lebih kurang, atau dipotong salah; tidak, sekiranya penimbang berubah sedikit pun, kamu salah, dan kesemua barangmu dirampas.

W Shakespeare, Pedagang Venice, Babak IV, adingan i

Perjanjian-perjanjian boleh juga menyatakan bahawa, berbanding satu jumlah yang ditetapkan mahkamah, sejumlah "ganti rugi tercair" akan dibayar sekiranya tidak terdapat perlakuan. Mahkamah-mahkamah membataskan ganti rugi jenis ini sekiranya terlalu tinggi, atau "terlampau dan tidak bermoral" seakan-akan penalti.[160] Bidang kuasa ini tidak lazim digunakan, maka dalam kes Murray v Leisureplay plc[161] Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pembayaran gaji setahun kepada CEO syarikat sekiranya dipecat sebelum setahun bukanlah klausa penalti. Tambahan pula, kebolehkan mahkamah-mahkamah membatalkan klausa-klausa sebagai penalti hanya beraplikasi kepada klausa-klausa pembayaran wang disebabkan pelanggaran kontrak berbanding kejadian-kejadian semasa perlakuannya,[162] meskipun Peraturan Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999[163] meletakkan bidang kuasa untuk masuk campur dalam apa jua terma-terma tidak adil yang digunakan terhadap pengguna.

Sekiranya kelakuan yang dikehendaki hanyalah bayaran hutang yang boleh dibuktikan, maka seksyen 49 Akta Jualan Barangan 1979 membenarkan tindakan ringkas untuk harga barangan atau perkhidmatan, maka peraturan tatacara mahkamah yang lebih pantas dituruti. Para pengguna juga mendapat faedah di bawah seksyen-seksyen 48A-E, dengan hak nyata untuk mendapatkan pembaikpulihan produk yang rosak. Suatu kontrak boleh ditafsir sebagai merangkumi "obligasi keseluruhan", dengan mensyraratkan kelakuan di belah satu pihak terlebih dahulu sebelum pihak satu lagi sebagai syarat duluan. Peraturan ini turut memanfaatkan pihak yang tidak melakukan pelanggaran dalam keadaan di mana dia dipaksa menerima kelakuan sedia ada. Dalam kes Sumpter lwn Hedges[164] seorang pembina yang membiarkan kontrak selepas melakukan kerja bernilai £333 tidak boleh menuntut wang untuk pembangunan di atas tapak binaan meskipun digunakan oleh pembeli untuk menyiapkan kerja itu (meskipun dibolehkan menuntut semula sesetengah bahan binaan). Peraturan ini memberikan remedi yang menguntungkan pengguna dalam kes pembangunan rumah. Maka dalam kes Bolton lwn Mahadeva[165] Encik Bolton tidak boleh menutut untuk sistem pemanas berharga £560 yang tidak berfungsi baik dan memerlukan £174 untuk dibaikpulih (iaitu 31% dari harga asal) yang telah dipasangnya dalam rumah Encik Mahadeva. Tetapi apabila obligasi dalam kontrak "telah dilakukan secara substantial" maka harga keseluruhan mesti dibayar ditolak dengan jumlah yang mencerminkan pelanggaran. Maka dalam kes Hoenig lwn Isaacs[166] Denning LJ memutuskan bahawa pembina yang memasang rak buku secara tidak sempurna dengan harga £750 tetapi hanya memerlukan £55 untuk dibetulkan (iaitu 7.3% dari harga asal) perlu dibayar ditolak dengan kos pembetulan itu.[167]

Kemustahilan dan kesilapan lazim

Kebakaran Dewan Muzik Surrey dalam kes Taylor lwn Caldwell[168] memustahilkan kontrak untuk menggunakan dewan berkenaan.

Meskipun dalam common law zaman silam mahkamah-mahkamah Inggeris sering menegaskan bahawa kelakukan kontrak harus dilaksanakan dalam apa jua keadaan pun tanpa mengira kesusahan yang melanda pihak-pihak terlibat[169] dalam abad ke-19 mahkamah-mahkamah mula mengambil pendekatan berbeza dengan memutuskan bahawa kontrak-kontrak yang mustahil dilaksanakan dikatakan mustahil dan secara automatiknya ditamatkan. Dalam kes Taylor lwn Caldwell Blackburn J memutuskan bahawa apabila Dewan Muzik Taman Surrey secara kebetulannya hangus terbakar, pemilik-pemiliknya tidak perlu membayar ganti rugi kepada perniagaan yang menyewanya untuk persembahan, kerana ia bukannya kesilapan mana-mana pihak. Satu "syarat duluan" pada kesemua kontrak adalah bahawa ia mestilah boleh dilakukan. Manusia lazimnya tidak akan berjanji untuk melakukan sesuatu yang mustahil. Selain daripada kemustahilan fizikal, kemustahilan juga berlaku apabila suatu kontrak menjadi menyalahi undang-undang untuk dilaksanakan, secara contoh apabila perang meletus dan kerajaan mengharamkan perdagangan dengan negara musuh,[170] atau apabila tujuan suatu perjanjian tidak lagi wujud, seperti menyewa bilik untuk melihat perarakan pertabalan yang telah dibatalkan.[171] Tetapi suatu kontrak tidaklah mustahil hanya disebabkan berlakunya sesuatu yang menjadikan perlaksanaannya lebih sukar, seperti dalam kes Davis Contractors Ltd lwn Fareham UDC di mana seorang pembina terpaksa menggunakan lebih banyak wang dan masa untuk menyiapkan kerja berbanding dengan upahnya kerana kekurangan tenaga buruh dan bekalan yang tidak dapat dijangka. Dewan Pertuanan menolak tuntutannya untuk kontrak diisytiharkan mustahil untuk membolehkannya menuntut quantum meruit.[172] Disebabkan doktrin kemustahilan ini berpandukan tafsiran kontrak, ia boleh dielakkan melalui klausa-klausa "force majeure".[173] Suatu kontrak juga boleh punyai klausa force majeure yang menjadikannya lebih senang ditamatkan daripada tafsiran common law. Dalam kes The Super Servant Two[174] Wijsmuller BV berkontrak untuk menyewa tongkang boleh pusing kepada J Lauritzen AS, yang mahu menarik suatu kapal dari Jepun ke Rotterdam, tetapi mempunyai peruntukan bahawa kontrak akan terbatal sekiranya berlakunya sesuatu yang berkait 'kebahayaan dan kemalangan di lautan'. Wijsmuller BV juga mempunyai pilihan untuk menyediakan sama ada The Superservant One atau Two. Mereka pilih Two dan ianya karam. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kemustahilan untuk melaksanakan janji adalah disebabkan pilihan yang dibuat oleh Wijsmuller dan kontrak tidaklah dianggap mustahil, tetapi klausa force majeure memang merangkuminya. Kesan daripada kontrak mustahil adalah bahawa kedua-dua pihak dilepaskan daripada terikat dengan janji-janji mereka. Sekiranya satu pihak telahpun membayar wang atau apa jua balasan berharga, tetapi masih belum mendapat apa-apa tukaran, bertentangan dengan kedudukan common law sebelumnya,[175] Akta Pembaharuan Undang-Undang (Kontrak Mustahil) 1943 memberikan mahkamah budi bicara untuk membenarkan plaintif menuntut 'jumlah berpatutuan',[176] dan ini bermaksud apa yang mahkamah fikirkan berpatutan dalam keadaan yang timbul.[177]

Rujukan

WikiPedia: Undang-undang kontrak Inggeris http://online.ceb.com/calcases/C2/69C2d33.htm http://www.law-bulletin.com/z/united_nations_conve... http://www.parliament.the-stationery-office.com/pa... http://eur-lex.europa.eu/smartapi/cgi/sga_doc?smar... http://www.jus.uio.no/lm/eu.contract.principles.pa... http://www.jus.uio.no/lm/eu.contract.principles.pa... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1952/6.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1952/7.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1953/6.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1955/3.htm...